Apa nak jadi di Perak ? Akibat terlalu 'berpolitik' sidang Dewan Undangan Negeri terpaksa di adakan di bawah pokok. Perebutan kuasa adalah segalanya bagi PR di Perak dengan rakyat menjadi 'taruhan' mereka. PR Perak tidak peduli masalah rakyat, tidak mahu tahu kepentingan dan kehendak rakyat yang telah mengundi mereka, sebaliknya lebih mementingkan 'kuasa'.
Wahai orang Perak. Ini lah natijahnya jika memilih ikut emosi. PR Perak seolah-olah tidak peduli titah Sultan, apatah lagi perintah mahkamah. Yang betul ialah mereka, yang salah ialah BN. Belajar lah menjadi 'dewasa' jangan sampai 'menang sorak kampung tergadai'.
Maka orang Sarawak, harus melihat 'melodrama' di negeri-negeri di perintah oleh PR sebagai satu pengajaran dan ingatan. Jangan terlalu 'emosi' hingga lupa segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Jangan terlalu percaya segala hak akan dikembalikan seandainya PR memerintah.
Hanya sekilas pandangan
Tuesday, March 3, 2009
Politik Kartun Bawah Pokok Di Perak
Posted by Ali Suhaili at Tuesday, March 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
BlueHope amat bersetuju. Harap2 org sarawak akan lebih bijak lagi dlm memilih kepimpinan mereka. Jgn sampai sarawak dikucar-kacirkan spt apa yg berlaku di perak.
we just hope so...blue hope..we just hope so
Post a Comment