CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 8, 2009

Perkauman Katalis Kemusnahan Negara

13 May 1969 kekal sebagai titik hitam dalam sejarah negara. Meskipun ia tidak memberi 'kesan' langsung kepada penduduk Sarawak, peristiwa tersebut harus dijadikan iktibar dan ingatan agar ianya tidak berlaku dalam negeri kita.

Kebangkitan semangat 'dayakisme' yang diapi-apikan oleh golongan-golongan tertentu amat menakutkan. Ia seolah-seolah satu 'hate campaign' yang satu hari nanti akan mencetus bala kepada penduduk negeri ini. Walau pun ada yang mengatakan ia hanya satu 'war cry' bagi meraih sokongan pengundi-pengundi Dayak dalam pilihan raya nanti, kesanya lebih jauh daripada itu.

Selama 45 tahun, Iban, Melayu, Cina, Melanau, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Beketan, Lahanan, Kejaman, Penan, Punan samada Islam, Kristian, Buddha, Taoist, Hindu atau Pagan telah hidup dalam penuh harmoni, memahami budaya serta cara hidup kaum masing-masing dan aman.

Pernahkah 'perwira-perwira' yang membangkitkan 'semangat dayakisme' pikir kesanya kepada belia dan beliawanis kita? Terfikirkan mereka sebagai golongan 'intellectual dan elit' kaum Iban kesan-kesan sampingan dalam kehidupan masyarakat? Semangat 'dayakisme' akan merebak ke dalam sekolah, institusi pengajian tinggi, organisasi belia, persatuan sukan dan jabatan serta agensi kerajaan dan lain-lain.

Natijahnya, negeri kita akan kucar-kacir dan terus ketinggalan dalam apa jua pembangunan yang ingin dilaksanakan. Jangan jadikan negeri kita seperti apa yang berlaku di beberapa negara-negara ASEAN. Semuanya gara-gara semangat perkauman yang terlalu ekstrim hingga masyarakat sentiasa berada dalam keadaan 'ketakutan'.

Hanya sekilas pandangan...

Demonstrasi menentang PPSMI

Kebelakangan ini setiap isu akan di jadikan alasan untuk berdemonstrasi. Terkini ialah demonstrasi menentang penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Tidak bolehkah perkara itu di bawa berbincang dengan 'lebih sopan, tertib dan bertamadun' ? Nasib baik 'tiada kecedaraan' fizikal berlaku semasa 'pendemonstrasi' bertempur dengan FRU.

Inilah akibatnya jika terlalu 'emosi' memperjuangkan sesuatu. Jangan jadikan jalan-jalan kita sebagai 'pentas' untuk tunjuk kekuatan sebagaimana negara lain. Nanti kalau 'cedera' akibat tindakan pihak berkuasa, mereka tuduh pihak berkuasa gunakan kekerasan, kasar dan pukul sesuka hati. Kalau kita tengok, siapa kah sebenarnya 'guna kekerasan' berlagak 'hero', malah ada yang mengatakan ' saya tak takut mati'. Betul ke? Pihak polis hanya menjalankan tanggungjawab dan arahan. Siapa suruh buat 'demonstrasi' ?

A.Samad Said dan pejuang-pejuang Bahasa Melayu harus guna saluran yang lebih 'intellectual' untuk merungkai permasalahan ini, bukan dengan berdemonstrasi kerana akan tetap ada elemen-elemen 'cari peluang' burukkan kerajaan oleh pihak-pihak tertentu yan sentiasa 'tidak puashati' dengan segala nikmat yang mereka nikmati hari ini hasil usaha-usaha pemimpin-pemimpin kerajaan.

Isu yang mudah telah diperbesarkan kerana adanya 'kepentingan' pihak-pihak tertentu. Jadi tidak mustahil selepas ini, isu perlantikkan kaunselor, tandas tak bersih, jalan tak rata juga boleh dijadikan 'demonstrasi' oleh golongan-golongan seperti ini.

Hanya sekilas pandangan.

Saturday, March 7, 2009

Gadai Maruah Kerana Kuasa

Titah DYMM Sultan Selangor harus jadi 'ingatan' kepada seluruh rakyat negara ini, apatah lagi negara akan menyaksikan 3 pilihan raya kecil pada 7 April 2009 nanti. Bagi rakyat Sarawak amnya, dan pengundi N.29 Batang Ai, khasnya jadikanlah titah Sultan Selangor sebagai satu 'pengajaran' walaupun kita tidak mempunyai Sultan dan Raja.

Kebelakangan ini kita amati lah dengan serius, khasnya 'kesan' terhadap rakyat ekoran krisis di Perak. Apa nak jadi dengan YB-YB kita yang terlalu 'penting' kan kuasa hingga lupa tanggungjawab mereka terhadap rakyat yang mengundi dan meletakkan mereka di 'persada' untuk mengurus segala kepentingan rakyat.

Jangan kerana terlalu 'emosi' hingga kita 'jualkan' diri demi kepentingan 'kuasa' satu pihak yang hanya pandai 'berkata-kata' tetapi apabila berkuasa ' entah apa-apa'. Renung lah kembali segala kebaikan yang telah kita nikmati dan perolehi....

Hanya sekilas pandangan

Friday, March 6, 2009

Nicholas Bawin calon PKR di N.29 Batang Ai ?

Adakah Nicholas Bawin menjadi pilihan PKR untuk bertanding bagi pilihan raya kecil N.29 Batang Ai ? Jika benar maka peluang Jawah Gerang untuk menjadi Yang Berhormat sekali lagi gagal selepas William Nyalau Badak menjadi pilihan PRS dalam pilihan raya umum lalu. Walau pun Bawin tidak 'mengesahkan' tetapi beliau sudah mula mengedar 'resume' kepada media.

Sejauh mana 'populariti' dan 'pengaruh' Bawin belum dapat dipastikan lagi kerana pernah gagal dua kali menentang calon BN. Satu daripada 'pertarungan' tersebut ialah dengan Jawah Gerang yang ketika itu mewakili BN. Adakah Jawah Gerang sudah 'mengaku kalah' untuk berjuang mempertahankan status sebagai YB ? Jika ia, maka sia-sia lah usaha beliau keluar dari BN dan menyertai PKR ? Jika tidak, Jawah Gerang harus 'bersuara' dan mengatakan kepada Anwar Ibrahim beliau lebih layak mewakili PKR berbanding Bawin. Bukankah Jawah Gerang terkenal kerana 'kelantangan' nya ?

Hanya sekilas pandangan

Thursday, March 5, 2009

Menteri Bawah Pokok Umpama cerita Laksamana Do Re Mi

Ada yang mengatakan persidangan dewan undangan negeri Perak di bawah pokok memalukan dan berniat memalukan negara. Disebabkan 'tamak kuasa' maka kalau dah tak ada tempat nak bersidang, bawah pokok pun okey jugalah bagi mereka.

Tak tahu lah dimana Speaker dan ahli-ahli dewan tersebut belajar dulu..tapi yang jelas mereka percaya..kalau budak-budak Tabika KEMAS boleh belajar bawah pokok kerana tindakan kerajaan PR...tidak ada salahnya mereka juga bersidang bawah pokok untuk luluskan undang-undang dan usul.. betul kan? Jadi samalah tindakan mereka.

Atau mungkin mereka terpengaruh dengan cerita ' Laxamana Do Re Mi' di mana ada seorang Raja serta Permaisurinya dan menteri-menterinya duduk bawah pokok kerana kerajaan mereka di ambil alih oleh Memanda Menteri Pasola..

Betul kan ? Di Perak Datuk Dr.Zambry di umpamakan seperti Pasola yang ambil alih kerajaan Perak..maka kerajaan PR terpaksa lah bersidang bawah pokok...tapi siapa laksamana Do Re Mi mereka ?

Hanya sekilas pandangan..

Pilihan Raya serentak bagi 2 Bukit dan 1 Batang

PKR kata tarikh mengundi yang ditetapkan oleh SPR memang disengajakan dan telah mereka jangka kerana BN takut kalah lagi. Walau apa pun Edwin Dundang, Presiden SNAP mengatakan mereka tidak risau dan gentar sekali pun akan menghadapi kekuatan jentera BN Negeri Sarawak bagi pilihan raya kecil N.29 Batang Ai.

BN juga amat yakin mereka akan memenangi kawasan N.29 Batang Ai, jika kita amati beberapa komen pemimpin-pemimpin PRS dan juga parti komponen lain. Dua Joseph, iaitu Datuk Joseph Sallang dan Joseph Entulu mengatakan 'tidak menjadi masalah, jika pilihan raya di adakan serentak' . Malah mereka yakin parti komponen lain akan turut sama membantu PRS menghadapi pilihan raya tersebut.

Kedua-dua kem, BN dan PKR atau PR sama-sama berkeyakinan tinggi untuk memenangi N.29 Batang Ai, tetapi jika hanya setakat menang sahaja tidak memadai. Wakil rakyat harus beri perkhidmatan kepada rakyat yang telah mengundi mereka. Jangan nanti selepas menang, lesap entah ke mana..

Hanya sekilas pandangan

Wednesday, March 4, 2009

Pencuri kena Buli

Siapa punca sebenarnya ? Pada pandangan saya, 'pencuri' sepatutnya dihukum kerana mencuri barang orang lain. Bukan niat nak sokong tindakan pelajar-pelajar yang memukul dan mencederakan 'pencuri' tetapi itulah hakikatnya hari ini.

Memang tindakan 'mengambil undang-undang sendiri' salah sebagaimana yang berlaku di Dewan Parlimen baru-baru ini tapi adakah kita akan membenar dan membela 'pencuri' 'penyamun' dan 'perompak' untuk berleluasa dalam masyarakat kita ?

Lihat lah bagaimana seorang 'pencuri' menjadi 'wira' dan pihak berkuasa pulak dianggap 'salah laku', tidak berperikemanusiaan, 'racialist' dan sebagainya..tapi siapa sebenarnya yang 'memulakan' nya ? Orang yang memukul atau orang yang 'mencuri' .

Hanya sekilas pandangan

Hillary 'Klentong' Clinton Tegas Sokong Israel

Amerika Syarikat tetap Amerika Syarikat walau siapa pun Presiden nya. Dunia begitu 'teruja', termasuk pemimpin-pemimpin samada kerajaan atau pembangkang di Malaysia apabila Barack Obama, seorang kulit hitam pertama, menjadi Presiden. Harapan untuk 'Change' berubah amat tinggi dikalangan pemimpin dunia.

Tapi lihatlah betapa dasar Amerika Syarikat tidak akan berubah, samada Presiden nya kulit putih atau kulit hitam. 'Change' yang di war-warkan oleh Obama hanya satu 'war cry' bagi meraih sokongan rakyat kulit hitam dalam perebutan sebagai orang paling berkuasa dalam dunia.

Maka kita di Malaysia ini juga harus berhati-hati dengan laungan 'Perubahan' atau ' Change' yang menjadi agenda politik PKR. Apa yang kita lihat berubah ialah persidangan dewan undangan negeri di adakan di bawah pokok. Apa yang kita lihat 'berubah' ialah tiba-tiba wakil rakyat PKR dari Penang kata kerajaan amat prihatin dengan pembinaan jambatan kedua, walhal sebelum ini tuduh kerajaan persekutuan bazirkan duit rakyat semasa belum jadi YB..

Yang kita lihat berubah ialah apabila seorang Menteri Besar 'engkar' titah Sultan dan mahkamah.

Hanya sekilas pandangan

Tuesday, March 3, 2009

Politik Kartun Bawah Pokok Di Perak

Apa nak jadi di Perak ? Akibat terlalu 'berpolitik' sidang Dewan Undangan Negeri terpaksa di adakan di bawah pokok. Perebutan kuasa adalah segalanya bagi PR di Perak dengan rakyat menjadi 'taruhan' mereka. PR Perak tidak peduli masalah rakyat, tidak mahu tahu kepentingan dan kehendak rakyat yang telah mengundi mereka, sebaliknya lebih mementingkan 'kuasa'.

Wahai orang Perak. Ini lah natijahnya jika memilih ikut emosi. PR Perak seolah-olah tidak peduli titah Sultan, apatah lagi perintah mahkamah. Yang betul ialah mereka, yang salah ialah BN. Belajar lah menjadi 'dewasa' jangan sampai 'menang sorak kampung tergadai'.

Maka orang Sarawak, harus melihat 'melodrama' di negeri-negeri di perintah oleh PR sebagai satu pengajaran dan ingatan. Jangan terlalu 'emosi' hingga lupa segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Jangan terlalu percaya segala hak akan dikembalikan seandainya PR memerintah.

Hanya sekilas pandangan

Siapa pilihan PKR Sarawak?

PKR akan menghadapi dilema untuk memilih siapa calon yang benar-benar layak dan berpengaruh untuk melawan BN dalam Pilihan Raya Kecil DUN Batang Ai. Adakah Jawah Gerang yang hebat semasa beliau berada dalam BN dulu atau adakah Nicholas Bawin, juga veteran politik yang pernah menentang Jawah ? Ada yang mengatakan Jawah Gerang masih relevan kerana pengaruhnya masih utuh walaupun sudah keluar dari BN. Ada juga yang berpendapat Nicholas Bawin lebih disukai walaupun gagal menubuh MDC, gagal menumbang calon BN satu ketika dulu kerana mempunyai ikatan keluarga yang ramai.

Siapa pun pilihan PKR yang pasti akan ada perasaan tidak puashati dikalangan penyokong kedua-dua individu ini yang suatu ketika dahulu 'berperang' menegakkan prinsip masing-masing. Apa pula kata SNAP ? Adakah SNAP akan mengagalkan Nicholas Bawin jika Nicholas Bawin menjadi calon PKR ?

Rasuah ?


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap semasa Majlis Perasmian Pelancaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Abdullah berkata kerajaan tidak mahu penubuhan SPRM dilihat sebagai retorik semata-mata atau sekadar penjenamaan semula dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke SPRM tetapi sebagai lambang komitmen kerajaan untuk menghapuskan rasuah bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang dihormati tinggi yang mengamalkan budaya integriti dan menolak rasuah dalam semua aspek kehidupan.

SPRM telah dilancarkan sebagai satu suruhanjaya pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR), dikendalikan secara agensi bebas di bawah pengawasan seorang Ketua Pesuruhjaya dengan objektif utama penubuhannya adalah untuk membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berterusan.