CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 23, 2008

Kebanjiran Pendatang Indonesia ke Malaysia

Isu kebanjiran pendatang asing tidak pernah diselesaikan, khususnya warga Indonesia. Tapi tak boleh salahkan mereka juga kerana Malaysia merupakan 'lombong emas' bagi mereka. Malah ada yang menganggap Malaysia sebagai 'rumah kedua' mereka. Manakan tidak...cuba perhatikan rancangan hiburan kita di ASTRO dan stesen-stesen televisyen lain. Dari TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9 dan Astro berlumba-lumba nak tayangkan SINETRON Indonesia. Lepas tu siap dengan ulangan filem-filem dan sinetron yang popular.. Adakah drama-drama Malaysia di tayangkan di Indonesia? Cuba lah pihak-pihak yang 'berkuasa' membuat tinjauan di Indonesia sejauhmana drama-drama Malaysia dimainkan di televisyen Indonesia. Jangan salahkan penggiat seni Indonesia jika pihak kita sendiri yang bertanggungjawab membawa masuk filem-filem dan sinetron Indonesia untuk bersaing TV mana paling popular....

0 comments: