CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 26, 2009

Isu Kaum Penan : Satu Eksploitasi

Berbagai isu membabitkan kaum Penan di Sarawak menjadi 'modal besar' untuk pihak pembangkang menjelang pilihan raya negeri Sarawak nanti.Baru-baru ini Wanita PKR menghantar memo kepada kerajaan mengenai orang-orang Penan. Menurut Zuraina Kamaruddin, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyediakan dana sebanyak RM30,000.00 kepada kumpulan NGO bagi membantu kaum Penan. Malah katanya kerajaan negeri Selangor pun akan turut menyumbang sama.

Wah!! Baik sungguh kedua-dua kerajaan negeri tersebut!!. Syabas dan tahniah. Betapa perihatinnya mereka terhadap orang-orang Penan di Sarawak. Tapi hairan dimana mereka sewaktu kaum Penan Lusong Laku kehabisan makanan? Mungkin Zuraina boleh tanya Penasihat PKR, Datuk Hafsah Harun apa beliau lakukan kepada kaum Penan sejak beliau masih bersama BN negeri Sarawak dulu? Atau tanya apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu?

Mungkin Wanita PKR tidak sedar bahawa kerajaan negeri Sarawak sudah habis berjuta-juta RM untuk membantu kaum Penan. RM30,000.00? mungkin hanya habis oleh NGO-NGO yang dilantik untuk mengurus hal ehwal kaum Penan sahaja.

Hanya sekilas pandangan untuk renungan..

0 comments: