Perlantikkan Mustaffa Kamil Ayub dari Perak sebagai Ketua Perhubungan Negeri Sarawak merupakan tanda bahawa PKR tidak percaya kepada pemimpin dari Sarawak seperti Dominique Ng, Gabriel Adit, Hafsah Harun, Wan Zainal yang sebelum ini bertungkus lumus dan beriya-iya untuk memperkukuhkan PKR di Sarawak.
Mustaffa Kamil dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar yang dikatakan terlalu sibuk dengan urusan pilihanraya kecil dan tidak praktikal untuk terus menerajui kepimpinan PKR Sarawak.
Perlantikkan Mustafa Kamil mencerminkan sendiri betapa PKR tidak akan melantik orang Sarawak sebagai Ketua Menteri seandainya PKR berjaya menawan Sarawak nanti.
Justeru orang-orang Sarawak harus berfikir sedalam-dalamnya...jika PKR sendiri tidak percaya orang Sarawak...kenapa orang Sarawak harus percaya kepada PKR ?
Friday, June 5, 2009
PKR tidak percaya orang Sarawak
Posted by Ali Suhaili at Friday, June 05, 2009 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)