Ucapan Selamat tahun baru bergema pada detik jam 12.00 malam 31 Disember 2009 dan kemeriahan menyambut tahun baru 2010 diraikan dengan dentuman bunga api diserata dunia. Ramai yang berkira dengan azam baru (walaupun azam tahun 2009 belum lagi tercapai..he he he ) Seronoknya melihat keghairahan segelintir manusia membuat persiapan menyambut kedatangan tahun 2010..bermacam ragam..bermacam cara..
Ada yang meraikan ketibaan tahun 2010 di pub dan lounge..menyanyi dan menari..mengikut rentak zaman terkini..ada di restaurant, cafe and gerai..makan seafood..nasi goreng atau roti canai...tapi yang bestnya..ada yang 'sedekahkan' badan dan maruah diri untuk diratah nafsu jantan..kononya..itu lah cara meraikan tahun baru..ramai juga yang bertafakur..berzikir and berdoa..memohon Allah melimpahkan rahmatnya..
Selamat Tahun Baru..
Monday, January 4, 2010
Selamat Tahun Baru 2010
Posted by Ali Suhaili at Monday, January 04, 2010 0 comments
Saturday, September 26, 2009
Isu Kaum Penan : Satu Eksploitasi
Berbagai isu membabitkan kaum Penan di Sarawak menjadi 'modal besar' untuk pihak pembangkang menjelang pilihan raya negeri Sarawak nanti.Baru-baru ini Wanita PKR menghantar memo kepada kerajaan mengenai orang-orang Penan. Menurut Zuraina Kamaruddin, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyediakan dana sebanyak RM30,000.00 kepada kumpulan NGO bagi membantu kaum Penan. Malah katanya kerajaan negeri Selangor pun akan turut menyumbang sama.
Wah!! Baik sungguh kedua-dua kerajaan negeri tersebut!!. Syabas dan tahniah. Betapa perihatinnya mereka terhadap orang-orang Penan di Sarawak. Tapi hairan dimana mereka sewaktu kaum Penan Lusong Laku kehabisan makanan? Mungkin Zuraina boleh tanya Penasihat PKR, Datuk Hafsah Harun apa beliau lakukan kepada kaum Penan sejak beliau masih bersama BN negeri Sarawak dulu? Atau tanya apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu?
Mungkin Wanita PKR tidak sedar bahawa kerajaan negeri Sarawak sudah habis berjuta-juta RM untuk membantu kaum Penan. RM30,000.00? mungkin hanya habis oleh NGO-NGO yang dilantik untuk mengurus hal ehwal kaum Penan sahaja.
Hanya sekilas pandangan untuk renungan..
Posted by Ali Suhaili at Saturday, September 26, 2009 0 comments
Friday, June 5, 2009
PKR tidak percaya orang Sarawak
Perlantikkan Mustaffa Kamil Ayub dari Perak sebagai Ketua Perhubungan Negeri Sarawak merupakan tanda bahawa PKR tidak percaya kepada pemimpin dari Sarawak seperti Dominique Ng, Gabriel Adit, Hafsah Harun, Wan Zainal yang sebelum ini bertungkus lumus dan beriya-iya untuk memperkukuhkan PKR di Sarawak.
Mustaffa Kamil dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar yang dikatakan terlalu sibuk dengan urusan pilihanraya kecil dan tidak praktikal untuk terus menerajui kepimpinan PKR Sarawak.
Perlantikkan Mustafa Kamil mencerminkan sendiri betapa PKR tidak akan melantik orang Sarawak sebagai Ketua Menteri seandainya PKR berjaya menawan Sarawak nanti.
Justeru orang-orang Sarawak harus berfikir sedalam-dalamnya...jika PKR sendiri tidak percaya orang Sarawak...kenapa orang Sarawak harus percaya kepada PKR ?
Posted by Ali Suhaili at Friday, June 05, 2009 1 comments
Wednesday, May 6, 2009
ANTARA KEHIDUPAN KITA DAN KEHIDUPAN MEREKA
Kadangkala kita tidak mensyukuri apa yang kita ada
BUKA MINDA DAN LIHAT DISEKELILING KITA
Posted by Ali Suhaili at Wednesday, May 06, 2009 2 comments
Friday, April 24, 2009
New Cabinet , New Hope
Najib's Cabinet lineup was subjected to negative views from many quarters..but what i respected most is Najib's point of view, ie : 'this cabinet is not about ethinicity, this cabinet is the peoples cabinet and will serve everybody'..and ' we have always been thinking within our own ethnic silos and its time now for each and every one of us to think outside the ethnicity silos'...i really hope Najib can come good with his philosophical words...
Posted by Ali Suhaili at Friday, April 24, 2009 2 comments
Monday, April 13, 2009
MIC mau apa lagi ?
Kenyataan seorang anggota MIC yang kecewa dengan jumlah ahli MIC yang dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri amat mengecewakan dari sudut 'perpaduan' dalam BN. Jika ada yang kecewa tentang perlantikkan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Najib, sepatutnya BN Sarawak..namun pemimpin-pemimpin Sarawak akur dan menghormati keputusan YAB Perdana Menteri..ini kerana BN Sarawak menang 30 daripada 31 kawasan Parlimen yang dipertandingkan..dan terbaru..di N.29 Batang Ai..membuktikan orang Sarawak masih sayang BN..tapi calon BN dari MIC di Bukit Selambau..ditumbangkan oleh PKR...
Maka terimalah hakikat bahawa tidak semua yang kita minta atau harapkan dapat ditunaikan..belajarlah bersyukur dengan apa yang telah diberikan...tak perlu ugut 'keluar dari kabinet'...yang penting berbaktilah kepada masyarakat..tunaikan segala tanggungjawab agar semua kaum mendapat manafaat...bukan satu kaum sahaja...
Hanya sekilas pandangan
Posted by Ali Suhaili at Monday, April 13, 2009 0 comments
Dua Bukit Tumbang, Tapi Satu Batang Tetap Tegak
Misi tercapai sudah!! Itulah kata-kata hati anggota petugas Pilihan Raya Kecil N.29 Batang Ai..walaupun mengharungi pelbagai halangan semasa menjalankan tugas..
Adakalanya 'black-out' dan tak ada 'air' tapi semua tetap ceria..inilah gambar hari terakhir sebelum semua anggota petugas balik ke kawasan masing-masing untuk bayar segala 'hutang' yang tertunggak...sebab ada yang 'terlebih sudah'.
Posted by Ali Suhaili at Monday, April 13, 2009 1 comments