CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 23, 2009

Pilihan Raya Lagi ?

Presiden Barack Obama sudah pun memulakan tugas dan merencanakan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat. Selepas pilihan raya Presiden tidak kedengaran lagi kempen-kempen memburukkan satu sama lain samada dari pihak Demokrat maupun Republikan.

Agak malang di negara kita selepas 8 March 2008 kita masih lagi mencari kelemahan dan saling cuba menjatuhkan lawan dengan apa cara pun. Tak lama lagi kita akan menyaksikan 2 atau 3 pilihan raya kecil untuk bukit-bukit di Perak, Kedah dan Selangor.

Kenapa tak beri tumpuan kepada menyelesaikan masalah rakyat ? Kemana perginya janji-janji semasa pilihan raya lalu? Adakah janji-janji tersebut hanya sebagai 'umpan' untuk menarik sokongan semata-mata ?

Wahai ahli-ahli Yang Berhormat jangan terlalu asyik berpolitik hingga lupa khidmat kepada rakyat.

Hanya sekilas pandangan..

Jual Kereta Lama dapat diskaun RM5000 bile beli kereta baru

Biar betul Tan Sri Muhyiddin? Boleh jadi realiti jika cadangan MITI diterima oleh Kementerian Kewangan. Tan Sri Muhyiddin mengatakan cadangan tersebut merupakan satu insentif untuk menggalakkan ekonomi negara ekoran kelembapan ekonomi dunia.
Moga-moga hasrat MITI dapat direalisasikan agar kurang la kereta-kereta lama di jalan raya.

Tuesday, February 17, 2009

Isu Moral Ahli Yang Berhormat

Seingat saya sudah banyak ahli Yang Berhormat 'gugur' gara-gara perilaku moral yang tidak disenangi masyarakat. Antara contoh terbaik ialah Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Chua Soi Lek.. Apakah YB Elizabeth Wong akan tersenarai juga dalam 'Malaysia Guiness Book of Immorality' ini ?

Mungkin orang yang dedahkan perkara ini kepada media merasakan dirinya sebagai 'wira sejati' mempertahankan moral dan tingkahlaku YB-YB..atau mungkin mereka rasa 'teruja' melihat kehidupan orang lain dan keluarganya 'merana dan sengsara' ..

Jika nak 'jatuhkan' lawan sekalipun..jangan lah sampai menghebahkan 'aibnya'..kerana ingatlah...satu hari nanti orang lain akan dedahkan 'aib'kita pula...

Hanya sekilas pandangan untuk kita fikirkan..

Friday, February 13, 2009

Janji Najib Kepada Kaum Bidayuh

Lawatan TPM ke Sarawak membawa senyuman kepada kaum Bidayuh dengan kata-kata "BN tidak akan lupa kawan BN..orang Bidayuh adalah kawan BN". Sejauhmana ini benar sama-sama kita lihat dalam pilihan raya DUN Sarawak akan datang. Mungkinkah kata-kata ini dan sumbangan yang diberikan hanya untuk 'mengembalikan' kepercayaan kaum Bidayuh terhadap BN yang semakin hari semakin terhakis gara-gara 'janji-janji' PKR kepada masyarakat Bumiputera sekiranya mereka memerintah negeri Sarawak.

Hanya sekilas pandangan.

Perubahan atau 'Change'

Salam untuk teman dan rakan 'bloggers'. Hanya nak ubah profail dan layout selain saja-saja nak guna bahasa malaysia. Namun..url tetap sama iaitu , http://alamsinar.blogspot.com... agak lambat nak ubah penampilan yang baru..cuma saja nak letak gambar rimau...kerana lahir tahun rimau...ha ha ha..

Monday, February 9, 2009

Two MB's in Perak

The power struggle in Perak shows how politicians would hold on to power despite being told to step down by the Sultan. Mohamad Nizar clearly defied Sultan Azlan Shah order to step down by clinging on to what he thought was his..the residency, the cars and the authority. An honest politician would just back down and accepted the fact that he is no longer a Mentri Besar. It would have been an honourable move by Nizar..but of course he will not relinquished the power, the authority...something new to him...he was already very comfortable...

The way I see it..power and authority do makes politicians doing crazy things...

Anwar Game Plan backfired

When Anwar Ibrahim boldly and proudly announced that he will form a new government with the help of 'party hoopers' from BN, never did he imagined or forsee..that BN could also play the same game..His bewilderment look after the PR government collapsed in Perak said everything for a man who was days before applauding Bota Assemblyman move to PKR by describing it as a 'process of democracy and it was a wise and justified move'.

Now Anwar have to defend himself not only from BN but also from his fellow comrades in the PR Coalition..and Karpal Singh outburst shows it all...that the PR coalition is facing its own 'tsunami'.